[ad_1]
PETALING JAYA : Selepas gagal mencipta kemenangan pada aksi pertama, Penang FC dan Melaka United berpeluang meraih tiga mata menjelang pertemuan antaraPen kedua-dua pasukan dalam aksi kedua Liga Tremendous malam ini.
Beraksi di Stadium Bandaraya, skuad kendalian Tomas Trucha tentunya tidak mahu melepaskan peluang melakar kemenangan pertama di laman sendiri selepas kecundang 0-1 di tangan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu.
“Aksi pertama bukan perlawanan yang mudah apabila berdepan JDT. Kami masih memerlukan beberapa perlawanan (mendapat rentak) kerana perlawanan persahabatan dan sebenar merupakan situasi berbeza.
“Bermain di laman sendiri sudah tentu kami akan memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan itu untuk meraih tiga mata.
“Saya menjemput para penyokong datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan. Saya tahu penyokong Penang begitu menakjubkan dan sangat bermakna untuk mengutip mata di hadapan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Melaka United juga berhasrat mengubat duka selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya Metropolis dan pengendali, Risto Vidakovic berharap anak buahnya kembali bangkit.
“Ia sedikit sukar apabila pasukan mengharungi dua aksi di tempat lawan tetapi sudah tentu kita perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan sebelum ini, kalau mahu menjadi pasukan yang lebih baik.
“Saya berharap kita mampu mempamerkan aksi lebih baik berbanding aksi pertama,” ujarnya.
[ad_2]
Source link