[ad_1]
PETALING JAYA: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akhirnya memecahkan ‘tembok’ dengan merangkul kejuaraan pertama mereka dalam siri Jelajah Dunia apabila muncul juara badminton Terbuka Jerman di Mulheim sebentar tadi.
Pasangan No. 17 dunia itu dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan sejam, 10 minit sebelum menumpaskan Ou Xuanyi-Liu Yuchen dari China 23-21, 16-21, 21-14 untuk mengungguli saingan beregu lelaki.
Ketiadaan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana positif Covid-19 digalas dengan sempurna oleh Sze Fei-Nur Izzuddin.
Pasangan nombor empat negara itu akhirnya keluar dari bayangan beregu senior seperti Aaron-Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dengan memenangi gelaran pertama sejak muncul naib juara Malaysia Masters 2017.
Kemenangan itu hampir pasti melayakkan mereka mengisi skuad ke Piala Thomas di Bangkok, Mei ini, malah lebih penting lagi, meniupkan semangat mereka untuk memburu pencapaian lebih besar di All England yang bermula Rabu depan.
Sze Fei-Nur Izzuddin akan memulakan kempen dengan menentang pasangan China, He Ji Ting-Tan Qiang yang ditumpaskan 19-21, 21-15, 21-12 pada pusingan pembukaan All England 2020. – UTUSAN ONLINE
The publish Sze Fei-Nur Izzuddin rangkul kejuaraan pertama di Jerman appeared first on Utusan Digital.
[ad_2]
Source link