[ad_1]
KUANTAN: Sri Pahang berdepan laluan cukup sukar untuk layak ke pusingan kedua Piala FA apabila diheret ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 5-4 ke atas kelab Liga M3, Manjung Metropolis FC di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
Penjaga gol import Sri Pahang dari Mali, Mamadou Samassa muncul wira Tok Gajah selepas menyelamatkan sepakan pemain Manjung Metropolis, C. Sasikumar dan memastikan kemaraan pasukannya yang sebelum itu diikat 0-0.
Menentang lawan dari liga amatur di depan hampir 800 penyokong sendiri, anak-anak buah Cristhophe Gamel nyata belum menunjukkan reputasi selaku pasukan elit Liga Tremendous.
Mungkin tanpa perlawanan persahabatan serta dua kali kem Sri Pahang dilanda pandemik Covid 19, kesebelasan Sri Pahang masih tercari-cari rentak persefahaman.
Sri Pahang yang turun dengan tiga import, Manuel Hidargo, John Martial dan Billy Ketkeophomphone serta pemain berdarah kacukan Itali-Malaysia, Sean Giannelli gagal melaksanakan tugas yang diberikan dengan berkesan.
Sebaliknya pelawat yang yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan lebih dahulu menguji penjaga gol Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin melalui sepakan deras Saifuddin Khairil Annuar tetapi tersasar.
Pahang sekali lagi hampir memberikan pelawat gol pertama tetapi tandukan Faizzwan Dorahim pula tepat ke arah penjaga gol Sri Pahang.
Sebelum wisel penamat babak pertama, kesilapan Zarif menolak bola ke arah pemain lawan selepas berlaku salah faham dengan Muslim Ahmad nyaris dihukum pemain lawan yang menendang bola melepasi palang gol Pahang.
Memasuki babak kedua, Giannelli mencemaskan pasukan lawan tetapi bola sepakannya hanya melepasi palang gol.
Samassa dimasukkan selepas menyedari lawan yang belum tewas dalam empat perlawanan di Liga M3 mampu mencalar reputasi Sri Pahang.
Walaupun masa tambahan 30 minit diberikan tetapi kedua-dua pasukan masih gagal untuk mencari gol sehingga pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. – UTUSAN ONLINE
The publish Tok Gajah ‘semput’ sebelum tumpaskan Manjung FC appeared first on Utusan Digital.
[ad_2]
Source link