[ad_1]
KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakar sejarah apabila meraih kemenangan Piala Hoki TNB 2022 selepas berjaya mengatasi pasukan Terengganu Hockey Group (THT) 3-2 pada aksi closing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus melenyapkan harapan pasukan THT untuk melakar kejuaraan ‘treble’ selepas menjulang dua gelaran iaitu Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.
Pada aksi tersebut, TNB bermula garang apabila mendominasi saingan menerusi jaringan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-18 sebelum Muhammad Shahril Saabah menjaringkan gol kedua pada minit ke-39.
Tersentak dengan keadaan tersebut, THT bangkit dengan mengubah strategi sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit 49 dan 50 menerusi jaringkan Muhammad Marhan Mohd. Jalil serta Ismail Abu.
Bagaimanapun, TNB enggan pulang tangan kosong apabila Muhammad Amirul Hamizan Azhar berjaya menyumbat gol kemenangan buat TNB pada minit 60 sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukannya.
“Syukur kami dapat mencatat kemenangan pada aksi closing hari ini. Saya akui bukan mudah kerana pada awal saingan kami berjaya mendahului saingan 2-0.
“Bagaimanapun, selepas itu pada suku keempat perlawanan pemain sedikit leka sekali gus membuka ruang kepada THT untuk menyamakan kedudukan.
“Selepas itu, kami perbaiki kesilapan tersebut dan berjaya menyumbat gol terakhir untuk mencatat kemenangan 3-2,”kata Syafiq Syed sejurus tamat perlawanan.
Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan UiTM HA melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan Maybank menerusi penentuan penalti ‘shoot out’.
Perlawanan terbabit yang berkesudahan seri 2-2 terpaksa berlanjutan ke penentuan penalti sebelum UiTM mengesahkan tempat ketiga dengan menewaskan pasukan lebih berpengalaman. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link