[ad_1]
PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyokong sepenuhnya usaha Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam menubuhkan financial institution digital.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan sentiasa membantu serta menyokong sasaran Angkasa dalam mendapatkan kelulusan lesen daripada Financial institution Negara bagi mewujudkan financial institution digital.
“PUSKOP menyokong sepenuhnya usaha Angkasa untuk menjadi financial institution digital dan saya berharap agar sasaran tersebut tercapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa sempena Semarak Jubli Emas Angkasa dan Sambutan 100 Tahun Koperasi di sini hari ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan KUSKOP juga menyasarkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan masjid di Malaysia dalam menubuhkan koperasi kariah masjid yang bertujuan menjadi sumber membekalkan produk halal kepada pengguna.
“Penubuhan koperasi kariah masjid berpotensi besar meningkatkan keterlibatan masyarakat khususnya umat Islam dalam platform niaga.
“Selain itu, ia dapat meningkatkan taraf hidup, melengkapai keperluan sosial dan berfungsi sebagai pusat ekonomi setempat,” ujarnya.
Tambah Noh, koperasi kariah masjid merupakan penyelesaian kepada permasalahan barangan halal yang menjadi kegusaran masyarakat Muslim di negara ini. – KOSMO! ONLINE
The publish KUSKOP sokong sepenuhnya sasaran Angkasa tubuh financial institution digital appeared first on Kosmo Digital.
[ad_2]
Source link