[ad_1]
TIDAK nampak di mata, tetapi terang di hati.
Itu adalah perumpamaan yang sering digunakan untuk menggambarkan golongan cacat penglihatan.
Sempena Ramadan ini, sama seperti individu sihat dan sempurna fizikal, golongan itu juga berlumba-lumba mengejar dan meraih pahala Ramadan.
Tidak mahu menjadikannya sebagai penghalang, golongan ini sentiasa mempunyai cara untuk mendapat keredaan Allah SWT.
Antaranya dengan membaca kitab suci al-Quran dalam bentuk Braille.
Tidak kira tempat dan masa, golongan ini akan membaca al-Quran sementara menunggu masa berbuka, dengan harapan ibadah mereka diterima Allah yang Maha Esa.
[ad_2]
Source link