[ad_1]
BANGKOK – Seorang pemandu teksi di Bangkok ditahan kerana merakam aksi dirinya memperkosa seorang gadis dari Myanmar, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa sebelum itu dikatakan sedang mencari pekerjaan di Bangkok dan meminta ibu saudaranya membuat hantaran di Fb untuk membantunya mendapatkan kerja.
Suspek, Adirek Sae Bae, 39, dilaporkan meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan memberitahu bahawa dia boleh menawarkan pekerjaan kepada mangsa.
Pada 1 April lepas, suspek mengambil mangsa di rumahnya dan membawa gadis itu ke sebuah motel lalu memperkosanya.
Mangsa diminta untuk menunggu di dalam sebuah bilik untuk melakukan ‘ujian saringan Covid-19’ sebelum suspek kembali dan menggari tangannya, merogol dan merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya.
Menurut polis, suspek turut mencuri telefon bimbit milik mangsa dan merompak wang tunai sebanyak 500 baht (RM63.62) sebelum membawanya ke balai polis Klong Tan.
Sejurus tiba di balai polis, suspek memberitahu polis bahawa mangsa merupakan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai pasport dan berlalu pergi. Mangsa bagaimanapun memberitahu polis perkara sebenar yang berlaku ketika disosial siasat dengan bantuan penterjemah.
Polis kemudian berjaya menahan suspek. Dia berdepan dengan dakwaan merampas kebebasan seseorang berusia di bawah 18 tahun, kelucahan, rogol, penahanan haram, mencuri dan memiliki pornografi kanak-kanak.
Polis juga tidak akan mendakwa mangsa bagi kesalahan memasuki Thailand secara haram kerana dia merupakan mangsa kegiatan jenayah.
Gadis berkenaan akan menerima bantuan kaunseling sebelum dihantar pulang ke Myanmar. – Agensi
[ad_2]
Source link