[ad_1]
SUMATERA: Niat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung tahun ini tidak kesampaian, apabila seorang lelaki meninggal dunia di dalam bas di susur keluar Dumpil, Madiun.
Banuri, 55, menaiki bas Antar Lintas Sumatera dari Riau ke wilayah Pasuruan, Rabu lalu.
Ketua Polis Madiun, Suwandono berkata, mangsa tidak mengadu sebarang kesakitan semasa bas tersebut melakukan perjalanan dari Riau ke Sragen.
Katanya, lelaki itu sempat menukar bas di daerah Kebakkramat, Sragen sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung.
“Semasa tiba di tol Ngawi, mangsa tiba-tiba mengadu sakit kepada pihak bas.
“Disebabkan masih dalam perjalanan, pemandu itu meneruskan perjalanan sehingga susur keluar Dumpil. Ketika itu, mangsa mengadu sakit dada, muntah-muntah, kekejangan sehingga tidak sedarkan diri dan pengsan,” katanya lapor Tribunnews.
Menurut Suwandono, bas tersebut akhirnya meminta bantuan kepada petugas di Pos Dumpil untuk memeriksa mangsa.
Setelah pemeriksaan dilakukan, lelaki yang berasal dari Kampung Pakukerto, Pasuruan itu disahkan meninggal dunia.
“Jenazah sudah dihantar ke Hospital Caruban menggunakan ambulans sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.
“Mangsa menaiki bas berseorangan tanpa rakan mahupun saudara-mara. Jadi, tiada penumpang lain yang kenal lelaki itu.
[ad_2]
Source link