[ad_1]
PETALING JAYA- Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara terus menunjukkan peningkatan kenderaan sekali gus menyebabkan beberapa kawasan khususnya di Perak dan Pulau Pinang berdepan kesesakan.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, susulan peningkatan kenderaan itu, beberapa kawasan dilaporkan berlaku kesesakan terutamanya di negeri Perak.
“Di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, kesesakan trafik dilaporkan berlaku di Bukit Tagar menghala ke Tanjung Malim, Behrang ke Gopeng serta Ipoh Utara menghala Terowong Menora.
“Selain itu, kesesakan juga berlaku dari Terowong Menora ke Changkat Jering dan dari Bandar Baharu ke Jawi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.
Jelasnya, terdapat juga kemalangan di kilometer 160.9 arah selatan dekat Bukit Tambun menghala Jawi sekali gus menyebabkan kesesakan trafik.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesesakan trafik bagi perjalanan ke pantai timur, LLM menjelaskan trafik dilaporkan sesak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Genting Sempah.
“Kesesakan juga dilaporkan terjadi Dari Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya.
Bagaimanapun, bagi perjalanan ke selatan, trafik dilaporkan masih lancar setakat ini. -KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link