[ad_1]
PUTRAJAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dijangka ditutup pada bulan ini susulan angka pesakit Covid-19 yang menunjukkan penurunan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai kesiapsiagaan, dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Putrajaya akan disediakan PKRC di situ.
“Pesakit di PKRC ZWT ada tetapi amat berkurangan jadi, akan ditutup pada bulan ini juga. Kita juga sudah siapkan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya melibatkan 20 katil (di kedua-dua hospital) tetapi masih tidak digunakan kerana pesakit kurang.
“Kalau kita lihat, 99.5 peratus kes dikesan melibatkan kategori satu dan dua manakala, kemasukan kes bagi kategori tiga, empat dan lima amat berkurangan, jadi kita masih ada kemampuan terima pesakit,” katanya pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link