[ad_1]
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.
Menurut Istana Negara, majlis tersebut dihadiri kira-kira 400 tetamu.
“Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra bersama semua tetamu yang hadir,” katanya dalam satu hantaran di Fb, hari ini.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan paduka-paduka anakanda serta kerabat-kerabat diraja Pahang.
Yang hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak. – UTUSAN
[ad_2]
Source link