[ad_1]
PETALING JAYA – Pemergian insan tersayang dalam kehidupan memberi tamparan hebat buat seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Sumayyah apabila ibunya telah meninggal dunia ketika dia berusia dua tahun.
Menerusi video yang dimuat bapanya di media sosial, ramai turut sebak melihat keadaan Sumayyah menangis teresak-esak di kubur ibunya.
“Air mata 1 Syawal, Sumayyah rindu umi, turun motor pergi ke kubur umi nangis, umi tinggalkan Sumayyah masa umur 2 tahun,” tulisnya.
Walaupun ibunya telah pergi pada tiga tahun yang lalu, kehadiran Syawal tahun ini membuatkan kanak-kanak tersebut merindui syurganya itu.
Difahamkan, arwah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dihadapinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menitipkan doa buat kanak-kanak tersebut agar terus kuat dalam menjalani kehidupannya dan membesar menjadi anak yang solehah.
“Moga adik Sumayyah akan terus kuat dan membesar menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab, sentiasa doakan untuk arwah ibu di alam sana,” ujar Lyana.
Sementara itu, ada juga pengguna meluahkan kerinduan mereka buat insan tersayang yang telah pergi menghadap Ilahi.
“Allah rindunya, rindu belaian ibu, pelukan ibu dan segalanya tentang ibu,” luah Nur Amirah. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link