[ad_1]
HANOI – Seperti yang dijangka kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara berjaya mengekalkan pingat perak pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.
Kuartet 4x100m lelaki yang disertai Muhammad Arsyad Md. Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Haiqal Hanafi mempamerkan larian cukup bertenaga dengan catatan 39.09 saat (s).
Keputusan itu menyaksikan kuartet lelaki berjaya melebur rekod kebangsaan yang dicatat pada Sukan SEA 2017 dengan catatan 39.27s.
“Tidak sia-sia dengan pengorbanan empat bulan kami berlatih bersama-sama untuk mempamerkan aksi terbaik pada malam ini. Paling penting kami berjaya catat rekod kebangsaan di sini,” kata Zulfiqar.
Pada saingan tersebut, Thailand memenangi emas, 38.58s manakala gangsa diraih Singapura dengan catatan 39.44s.
Sebagai rekod, pada Sukan SEA Manila, Filipina, skuad negara meraih gangsa menerusi gandingan jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Russell Alexander Nasir Taib dan Haiqal Hanafi merakamkan catatan masa 39.78 saat (s). -KOSMO! ONLINE.
[ad_2]
Source link