[ad_1]
IPOH: Perak FC kini menunggu tindakan Persekutuan Bola Sepak (FIFA) membatalkan larangan pendaftaran terhadapnya untuk mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi baki Kempen Liga Perdana 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin memberitahu pihaknya hanya menunggu dokumen FIFA mengenai pembatalan larangan itu.
“XOX sudah melangsaikan segala tuntutan gaji pemain import dan ejen mereka dan sudah menghantar kepada badan bola sepak Antarabangsa itu dokumen mengenainya.
“Kini kami hanya menunggu maklum balas dari FIFA mengenai pembatalan larangan.
“Insya-Allah Perak FC sempat mendaftar pemain-pemain itu sebelum tamat jendela perpindahan kedua pada 29 Jun ini,” katanya.
Kata Farid, pasukan itu mempunyai masa untuk mendaftarkan senarai terakhir seramai 30 pemain terbaik bagi memastikan kemantapan pasukan.
Justeru, Farid berkata empat perlawanan persahabatan bermula pertemuan dengan Kedah FC di Alor Setar malam ini menjadi medan menilai pemain yang akan menggalas cabaran Perak FC.
“Ia ibarat pemilihan semula pasukan kerana kami juga memiliki pemain muda berkaliber dalam pasukan.
“Jadi setiap pemain perlu menunjukkan kemampuan sebenar mereka kepada pegawai pasukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
[ad_2]
Source link