[ad_1]
ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan dua lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil di tempat awam berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang di sini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.11 pagi, kelmarin berdasarkan gambar yang tular di media sosial.
Beliau berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.
“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.
“Jarak dari gambar tular itu ke tandas awam berdekatan adalah kira-kira satu kilometer, sekiranya pemilik kenderaan yang meninggalkan kenderaannya dibahu jalan dan berjalan kaki untuk ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Gambar tersebut tular di laman sosial Fb yang dimuatnaik memaparkan dua individu sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran KSAB. -KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link