[ad_1]
LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan berlaku kejadian feri penumpang terbakar di perairan ini hari ini.
Terdahulu tular beberapa gambar dan video sebuah feri terbakar dengan puluhan penumpang sedang dipindahkan ke bot lain menerusi aplikasi WhatsApp dan Fb.
Pengarah APMM Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa menjelaskan, kejadian dalam rakaman video yang ditularkan itu berlaku pada 2019.
“Syarikat feri tersebut juga malah sudah tidak lagi beroperasi,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom kesal dengan penularan berita palsu itu.
“Satu Malaysia panik dan syarikat kami dihujani dengan pertanyaan tentang kebakaran ini sedangkan ia kejadian lama.
“Ia merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab apatah lagi apabila ia mendatangkan trauma dan panik dalam kalangan orang ramai,” katanya.
Kata beliau, penularan berita palsu seperti itu sedikit sebanyak menjejaskan usaha memulihkan industri pelancongan di Langkawi pada fasa pasca pandemik Covid-19.
Dalam kejadian pada 25 Februari 2019, seramai 52 penumpang berjaya diselamatkan bot persendirian dan anggota bomba selepas feri dinaiki terbakar.
Feri tersebut dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link