[ad_1]
KOTA BHARU: Keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bagi menuntut siasatan lebih terperinci berkait kematian Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019 lalu.
Ahli keluarga Faziani berkata, laporan itu dibuat selepas pihaknya mengesyaki wujudnya unsur-unsur lain berhubung kematian tersebut.
Menurutnya, selepas kematian Allahyarham, ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian tersebut sejak tiga tahun lalu.
“Hasil maklumat yang diperoleh peguam mendapati kematian Allahyarham diragui dan kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata.
“Sebaliknya ada unsur lain, oleh itu kami tampil ke IPD Tumpat pada pukul 1 petang hari ini untuk membuat laporan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, Faziani meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019. – UTUSAN
[ad_2]
Source link