[ad_1]
WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan negara itu mengagihkan dana bantuan ekonomi sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada Ukraine.
Pengagihan dana itu merupakan sebahagian daripada pakej bantuan AS$7.5 bilion (RM33.04 bilion) yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada Mei lalu.
Pemindahan dana itu dilakukan menerusi Financial institution Dunia.
“Dengan pengagihan dana ini, AS mengesahkan komitmen kepada rakyat Ukraine ketika mereka mempertahankan diri akibat pencerobohan Russia dan berusaha memulihkan ekonomi negara,” kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.
Financial institution Dunia menganggarkan perang di Ukraine boleh menyebabkan ekonomi negara itu menguncup sehingga 45 peratus pada tahun ini.
Ukraine ketika ini sedang mengalami defisit yang tinggi sebanyak AS$5 bilion (RM22.04 bilion) setiap bulan.
Situasi itu diburukkan lagi dengan ketidakupayaan untuk mendapatkan dana atau mengakses pembiayaan di pasaran luar. – AFP
[ad_2]
Source link