[ad_1]
PETALING JAYA: Dua gol dalam masa enam minit kembali menceriakan kem Selangor FC apabila berjaya menumpaskan Penang FC 2-0 dalam saingan Liga Tremendous sebentar tadi.
Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, gol Selangor FC dijaringkan oleh dua pemain gantian Shahrel Fikri pada minit ke-73 dan Syahir Bashah pada minit ke-79.
Terdahulu pada separuh masa pertama permainan, Penang FC hampir berada dihadapan pada minit ke-14 namun sepakan percuma Endrick dos Santos berjaya ditepis keluar oleh Sam Sommerville.
Tersentak dengan percubaan itu, Selangor FC memperkemaskan permainan dan gawang pelawat terselamat daripada dibolosi apabila benteng pertahanan mereka berjaya menghalang percubaan Quentin Cheng pada minit ke-17.
Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama dan bersambung babak kedua, Selangor FC mula memperkemaskan permainan dan mula mencipta peluang-peluang menarik untuk memburu gol menerusi jentera serangan mereka yang diketuai Herlison Caion.
Menyedari Selangor FC perlu memburu kemenangan, Michael Feichtenbeiner bertindak membawa masuk Shahrel Fikri bagi menggantikan Baha Abdelrahman pada minit ke-66.
Situasi bertambah sukar buat Penang FC apabila terpaksa mengharungi baki lebih 20 minit perlawanan dengan 10 pemain apabila Sukri Hamid dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintahkan keluar padang pada minit ke-68.
Keputusan Feichtenbeiner membawa masuk Shahrel Fikri tepat apabila pemain itu membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol selepas tujuh minit dimasukkan apabila melakukan larian pantas untuk menyudahkan umpanan Agyarkwa Ameyaw.
Syahir Bashah yang dimasukkan pada minit ke-78 bagi menggantikan ketua pasukan, Brendan Gan juga tidak menunggu lama apabila sentuhan pertamanya di atas padang berjaya menghadiahkan gol kedua buat skuad Merah Kuning pada minit ke-79.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan The Pink Giants melonjak ke tangga kelima liga dengan 15 mata selepas merakam kemenangan keempat mereka pada musim ini.
Selepas ini, Selangor akan turun untuk aksi ‘Derby Lembah Klang’ dengan sekali lagi berdepan Kuala Lumpur Metropolis FC (KL Metropolis FC) manakala Penang FC pula akan menentang juara bertahan Liga Tremendous, Johor Darul Ta’zim (JDT).-UTUSAN ONLINE
[ad_2]
Source link