[ad_1]
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.65 seliter berbanding RM4.75 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 27 Julai ini.
Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut method Automated Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran international, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.
Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.
Harga runcit mengikut method APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.
“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN
[ad_2]
Source link