[ad_1]
PETALING JAYA – Bapa culas tanggungjawab membayar nafkah dan segala perbelanjaan rumah serta anak-anak ditanggung oleh ibu sepenuhnya.
Perbuatan tersebut menyebabkan si anak membenci bapa malah dia merasakan lelaki itu tidak perlu ada dalam kehidupannya kerana dilihat ‘menyusahkan’ ibu.
Luahan hati seorang individu itu dikongsi oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi Fb.
“Dari kecil jadi saksi lihat bapa sendiri culas menjalankan tanggungjawab. Semua benda ibu bayar termasuk yuran sekolah, barang keperluan kami, belanja rumah, bil dan lain-lain.
“Ayah (gred DG32) selalu pinjam duit ibu (gred DG52). Kemudia suka bergurau minta halal segala hutang yang dipinjam dengan ibu saya.
“Setiap kali raya, entah sejauh mana gurauan itu, tapi saya benci mendengarnya,” katanya pada luahan tersebut.
Dalam pada itu, individu tersebut memaklumkan, bapanya turut meminta maaf kerana tidak dapat memberikan yang sebaiknya kepada anak-anak.
“Sedangkan kami tahu bapa banyak duit, pelbagai perniagaan tetapi dia tidak pandai urus kewangan. Ibu isteri yang baik, tidak pernah sekali pun melawan mahupun mengungkit.
“Saya rasa perasaan benci kepada bapa lebih banyak berbanding sayang sehingga merasakan lebih baik dia tidak ada dalam hidup kami,” ujarnya.
Mengulas lanjut, katanya, bapanya juga tidak memiliki ciri-ciri seorang yang bertanggungjawab seperti menjaga tutur kata, pembersih serta contoh teladan kepada anak-anak.
“Saya terfikir bagaimana dia mahu menjawab soalan di akhirat kelak tentang pemberian nafkah kepada isteri dan keluarga nanti,” katanya. -KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link