[ad_1]
RAWANG: Lebih 1,000 penduduk Kampung Orang Asli Serendah di sini diraikan oleh Syarikat Adabi Shoppers Business Sdn. Bhd. (Adabi) dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Antara aktiviti dilakukan yang turut melibatkan 30 kakitangannya dan 120 rakan korporat termasuklah bergotong-royong membersih dan membaiki pelbagai kemudahan di kampung tersebut meliputi surau dan klinik komunitinya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Syed Mahadzir Syed Manshor, Adabi turut menyediakan kira-kira 1,000 pek makanan yang dimasak secara rewang oleh peserta dan kakitangan menggunakan bahan-bahan keluaran syarikatnya.
“Kita mengadakan gotong-royong di sini setelah pihak kami meninjau dan mendapati banyak kemudahan-kemudahan yang ada di sini memerlukan pembaikan.
“Kita bersama rakan korporat membersih dan memperbaiki bahagian bangunan Surau Al-Ikhlas, klinik komuniti dan perpustakaan yang rosak seperti bumbung,” katanya ditemui ketika menghadiri program tersebut semalam.
Tambahnya, selain di Kampung Orang Asli Serendah, program CSR Adabi kembali diteruskan di tempat lain seperti mana biasa dilaksanakan sebelum pandemik Covid-19.
Dalam pada itu, Syed Mahadzir turut memaklumkan Adabi kini memasarkan dua professionalduk baharu iaitu perencah sambal tumis ikan bilis dan perencah sambal tumis makanan laut.yang sudah berada di pasaran sejak bulan Mac lalu.
“Seperti yang telah dirancang pada tahun 2022-2023 Adabi akan terus mengeluarkan produk terbaru yang lebih berkualiti dan terus menjadi pilihan semua isi rumah di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN
[ad_2]
Source link