[ad_1]
KUALA LUMPUR: Pelakon, Keith Foo gembira apabila tidak lagi disogok dengan watak stereotaip, sebaliknya pengarah semakin yakin dengan kemampuannya untuk membawa karakter yang lebih mencabar.
Kata empunya nama sebenar Foo Chuan Chin itu, penerbit kini mula memberi kepercayaan kepadanya untuk melakonkan watak berbeza dengan karakter lelaki romantik yang sering ditawarkan sebelum ini.
“Mungkin penerbit atau pengarah sebelum ini kurang yakin menawarkan saya watak berlainan kerana saya selalu melakonkan watak lelaki romantik.
“Namun, sekarang situasinya sudah berubah kerana saya semakin banyak menerima tawaran untuk melakonkan watak yang lebih berat.
“Ini adalah perkembangan yang baik, sekali gus membuktikan saya mampu membawa watak yang menguji keupayaan sebenar saya sebagai pelakon,” katanya.
Selain itu, Keith juga mengakui bidang lakonan bukan sekadar lapangan untuk mencari sumber pendapatan semata-mata.
Katanya, perubahan yang berlaku dalam kerjayanya membuatkan dia lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk terus maju.
“Sebelum ini, saya berlakon untuk menyara kehidupan. Namun, selepas menerima peluang berlakon watak lain, saya semakin bersemangat.
“Saya bertekad untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik demi kelangsungan dalam industri,” ujarnya.
[ad_2]
Source link