[ad_1]
WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membatalkan pelancaran roket Artemis I buat kali kedua selepas berdepan masalah kebocoran bahan api, lapor Badan Penyiaran British (BBC).
Percubaan kali pertama pada Isnin lalu turut gagal apabila pengawal tidak dapat memastikan empat enjin besar di dasar peringkat teras berada pada suhu operasi yang betul.
Jurutera kini ingin memeriksa roket tersebut dan sebarang pembaikan mungkin perlu dilakukan di bengkel dan bukannya pada pad pelancaran.
Keseluruhan proses itu akan memakan masa beberapa minggu dan penangguhan pelancaran kini dilihat bakal menjadi semakin lama.
Ini bermakna, kemungkinan percubaan pelancaran ketiga bagi misi ke Bulan yang paling awal boleh dilakukan adalah sebelum pertengahan Oktober.
Pengurus misi Artemis NASA, Mike Sarafin berkata, peranan masa depan roket itu adalah membawa angkasawan ke Bulan dan ia bermakna penjagaan yang sangat teliti perlu dilaksanakan sepanjang pengoperasiannya.
“Ini adalah penerbangan ujian awal kenderaan ini. Seperti yang dikatakan sebelum ini, kami akan terbang apabila kami sudah bersedia.
“Sebagai sebahagian daripada penerbangan ujian awal ini, kami sedang mempelajari roket itu sendiri dan bagaimana untuk mengendalikannya sebaik mungkin,” jelas Sarafin. – Agensi
[ad_2]
Source link