[ad_1]
NEW YORK: Syarikat pemprosesan makanan, Heinz melancarkan rangkaian pakaian baharu yang menampilkan kesan sos tomato sebenar pada pakaian jenis vintaj yang terpakai.
Lapor Each day Mail, jenama perasa makanan gergasi itu bekerjasama dengan platform jualan semula dalam talian, thredUP untuk melancarkan koleksi Heinz Classic Drip di Amerika Syarikat (AS).
Koleksi berkenaan mempunyai sebanyak 157 pakaian gaya vintaj yang diwarnai dengan sos tomato sebenar.
Rangkaian itu menampilkan pakaian gaya jalanan dan barangan berjenama terpakai, yang direka khas untuk menjadi inklusif merentasi jantina dan semua saiz antara XXS hingga XXL.
Menurut Heinz, setiap produk itu mempunyai kesan sos tomato ‘unik’ yang disifatkannya sebagai ‘bukan kotoran semata-mata tetapi pernyataan’.
Pengurus Jenama dan Komunikasi Jenama Heinz, Alyssa Cicero berkata, koleksi itu adalah mengenai ‘meraikan secara mampan kesan sos tomato Heinz pada pakaiannya’.
“Kami melihat kesan sos pada pakaian itu sebagai simbol jenama ikonik yang mengubah naratif daripada kesan kotoran kepada pernyataan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran thredUP, Erin Wallace menyifatkan pelancaran koleksi Heinz Classic Drip adalah tepat pada masanya.
Ini kerana katanya, terdapat permintaan tinggi sepanjang masa untuk pakaian terpakai dalam kalangan pengguna generasi Z dan Milenium.
Malah, katanya, berdasarkan tinjauan, kira-kira 62 peratus generasi Z dan Milenium gemar mencari barangan terpakai sebelum membeli yang baharu.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti Heinz untuk menghasilkan rangkaian pakaian terpakai dengan kesan sos tomato buat pertama kalinya, sekali gus meraikan penggunaan semula.
“Koleksi ini menawarkan gaya unik kepada pencinta makanan dan fesyen untuk mengambil bahagian dalam ekonomi pekeliling, sambil berbuat baik di bumi ini,” katanya.
[ad_2]
Source link