[ad_1]
PETALING JAYA – “Saya minta maaf atas kejadian yang berlaku di Jakarta.”
Demikian kenyataan pelakon, Meerqeen mengulas kontroversi mencium dahi pelakon dan pelawak in style Indonesia, Kiky Saputry dalam sebuah program hingga mengundang kecaman ketika kunjungan ke Jakarta, Indonesia bulan lalu.
Pemilik nama sebenar Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam itu turut mengakui kesal dengan tindakannya, sekali gus menjadikan insiden tersebut sebagai iktibar supaya lebih berhati-hati.
“Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati,” katanya kepada Kosmo! On-line.
Pelakon sensasi berusia 21 tahun itu mengulas mengenai isu ciuman tersebut selepas sesi temu bual maya bersama media bagi drama bersiri terbaharu berjudul Ash & Aish, hari ini.
Sebelum ini, sudah hampir sebulan Meerqeen mengambil pendekatan mengunci mulut sejak kontroversi berkenaan hangat diperkatakan ramai.
Ditanya sama ada emosinya terganggu disebabkan isu terbabit, apatah lagi dia mengambil masa yang lama untuk memberikan kenyataan kepada media, katanya dia biasa saja.
Bintang yang mencetuskan fenomena hingga ke negara seberang menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu menganggap tidak timbul isu tekanan.
Luah Meerqeen, kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara yang berlaku.
“Saya fokus pada diri sendiri, keluarga dan kerjaya demi mencapai matlamat yang saya sasarkan sebaik memilih kerjaya seni.
“Apabila saya fokus kepada semua perkara ini, apa sahaja yang berlaku, saya tak anggap sebagai satu gangguan. Saya tahu apa yang saya nak,” katanya.
Diminta memperincikan lagi berkenaan perkara yang berlaku di Jakarta, Meerqeen menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk mengulas lebih lanjut.
“Pihak pengurusan saya yang akan jawab nanti. Tunggu saja masa sesuai,” katanya lagi.
Dalam wawancara sama, jejaka tinggi lampai itu turut memberi maklum balas mengenai dakwaan yang menyatakan dia semakin sukar memberikan kerjasama.
“Saya bukanlah seperti didakwa, cuma fokus saya lebih kepada kerja yang membuatkan saya bagi sepenuh tumpuan apabila berada di lokasi penggambaran.
“Sebab saya mahu memberikan hasil terbaik dalam lakonan. Saya hanya ikut jadual yang diatur syarikat pengurusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link