[ad_1]
Covid-19 adalah penyakit respiratori yang mudah berjangkit dan merebak melalui udara, saluran respiratori ke paru-paru mangsa, dan ada juga keadaan yang mana virus boleh menyerang sistem badan lain termasuk saraf, jantung, buah pinggang, malah seluruh badan.
Tanpa penggunaan pelitup muka (masks), maka jangkitan adalah dijangka lebih mudah berlaku dengan hampir sembilan kali ganda berbanding jika memakainya selain mengamalkan penjarakan antara individu.
Dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa kita menghampiri endemisiti, maka ini menunjukkan bahawa penyakit sudah menjadi virus yang telah merebak dalam komuniti dan jika kita telah divaksin, maka risiko jangkitan teruk akan berkurangan.
Ini seterusnya mengurangkan kesan kemasukan ke wad, keperluan untuk intubasi dan keperluan rawatan mangsa di pusat rawatan jagaan intensif.
Tanpa gerakan program vaksinasi, dijangka lebih ramai masyarakat akan menjadi mangsa Covid-19 dan kematian akibatnya akan terus meningkat.
Sudah jadi kebiasaan
Ketika ini, di beberapa negara, dengan program vaksinasi besar-besaran, negara itu telah dapat menurunkan keperluan untuk pemakaian pelitup muka, malah membenarkan unmasking dilaksanakan di kawasan luar rumah, kawasan lapang dan juga kawasan berisiko rendah iaitu yang baik ventilasi udara dan tiada kes-kes Covid-19 berleluasa.
Sementara itu, kawasan berisiko tinggi seperti di hospital, klinik, penjara, kawasan orang ramai, dalam bas atau kenderaan awam yang tertutup, maka masih digalakkan penggunaan pelitup muka.
Dalam penerangan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini , pilihan sama ada untuk terus memakai pelitup muka diserahkan kepada orang ramai dan ini adalah tindakan yang baik.
Adalah dianggap, literasi masyarakat mengenai Covid-19 dan keperluan pemakaian pelitup muka adalah baik, memandangkan rakyat telah bergelumang dengan infeksi Covid-19 selama hampir dua tahun lamanya.
Perlu difahami keadaan sekarang sebenarnya bertambah buruk lagi dengan pertambahan risiko penyakit berjangkit lain sedia ada, seperti wabak influenza yang turut merebak melalui udara dan pernafasan iaitu sama seperti Covid-19.
Risiko Tinggi
Bagaimanapun, senario ‘risiko tinggi’ terhadap infeksi Covid ini, mungkin tidak difahami oleh semua rakyat.
Situasi berisiko ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu keadaan penerima ataupun keadaan persekitaran yang kita berada di dalamnya.
Komponen keadaan diri individu bermaksud untuk golongan yang lebih rentan iaitu jika mereka sendiri mengalami gejala dan dalam keadaan kurang sihat, jika mereka individu berisiko tinggi seperti warga emas, menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung termasuk yang mengalami obesiti. Maka adalah wajar meneruskan pemakaian pelitup muka di kawasan-kawasan awam yang terdedah dengan banyak risiko. Bukan setakat Covid-19 tetapi juga wabak influenza.
Pemakaian turut digalakkan kepada mereka yang belum lengkap vaksin primer dan yang belum menerima suntikan penggalak (booster).
Keadaan ini, termasuk kanak-kanak yang masih ramai belum melengkapkan vaksin primer juga jika berada di dalam persekitaran berisiko tinggi, contoh tempat yang padat dengan manusia. Jika ada orang lain berstatus Covid positif di situ dan keadaan ventilasi dalam ruang tertutup adalah buruk maka memakai pelitup muka amat perlu.
Jangkitan Varian of Concern (VoC), Covid sekarang turut memainkan peranan dalam jangkitan dan risiko infeksi. Varian yang mudah berjangkit dan jika semakin virulen (keganasan virus), maka akan memudahkan transmisi dan infeksi berlaku.
Setakat ini, virus VOC pressure Omicron memang sudah berlaku di Malaysia, malah menyerang dengan mudah manakala kebanyakan kes terjangkit, adalah dikatakan sebagai infeksi jenis kategori ringan yang hanya memerlukan waktu kuarantin di rumah tanpa kemasukan ke wad.
Bagaimanapun, kita perlu peka akan kemungkinan munculnya varian baharu yang mungkin semakin ganas dan memasuki negara satu masa kelak.
Surveilans penyakit oleh Kementerian Kesihatan adalah penting untuk melihat impak umasking ini terhadap jangkitan dan keperluan untuk melaksanakan semula masking jika kes-kes meningkat seperti beberapa negara lain, contoh Singapura dan China.
Negara ini mengeluarkan arahan keperluan memakai pelitup muka semula, walaupun sebelumnya telah meringankan penggunaannya di dalam ruang dalaman.
Buat masa ini, perlindungan terhadap infeksi Covid, masih penjarakkan, memakai pelitup muka dan juga vaksinasi. Untuk mereka yang masih belum divaksin, maka adalah sesuai mendapatkan vaksin segera, malah sekarang booster kedua telah pun tersedia.
Mengelak jangkitan adalah lebih baik, berbanding jika pernah mengalami infeksi. Infeksi ringan masih berupaya menyebabkan komplikasi Lengthy Covid dan 20 hingga 30 peratus penduduk yang pernah terinfeksi, boleh berlarutan menjadi Covid panjang terutama bagi mereka yang mengalami simptom-simptom yang teruk.
Oleh itu, mengelak daripada jangkitan adalah lebih baik dan selamatkan diri dengan melakukan vaksinasi selain memantau keperluan kendiri apabila berada di tempat yang berisiko.
Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh ialah Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
[ad_2]
Source link