[ad_1]
LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Graham Potter menyifatkan kegagalan mereka mengutip tiga mata apabila sekadar seri 1-1 menentang RB Salzburg di Stamford Bridge awal pagi semalam adalah disebabkan kelekaan pemainnya.
Potter ternyata kecewa dengan keputusan tersebut sambil berharap anak-anak buahnya mampu meningkatkan lagi persembahan mereka dalam aksi Liga Juara-Juara selepas ini.
“Sudah tentu momentum pasukan terganggu apabila kami dibolosi. Secara keseluruhan bahagian pertahanan agak bagus, tetapi masih ada beberapa perkara perlu dipertingkatkan.
“Namun, saya akui kecewa dengan keputusan perlawanan. Kami menjaringkan gol yang bagus, tetapi hanyut seketika di babak kedua dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata,” kata Potter.
The Blues berada di landasan tepat untuk menghadiahkan tiga mata pertama buat Potter menerusi jaringan Raheem Sterling pada minit ke-48.
Bagaimanapun, Potter yang baru dilantik menggantikan tugas Thomas Tuchel baru-baru ini, terpaksa akur hanya mampu mengutip satu mata selepas Noah Okafor menyamakan kedudukan buat Salzburg pada minit ke-75.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea kini hanya mengutip satu mata daripada dua aksi Kumpulan E selepas terdahulu tewas 0-1 kepada jaguh Croatia, Dinamo Zagreb minggu lepas.
Bagaimanapun, tugas sukar menanti Chelsea untuk aksi seterusnya apabila perlu berdepan juara Itali, AC Milan yang mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Dinamo dalam satu lagi perlawanan awal pagi semalam. – AGENSI
[ad_2]
Source link