[ad_1]
PETALING JAYA :Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas remaining Piala Raja Thai 2022 setelah menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.
Penjaga gawang Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjadi wira apabila berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil pemain Thailand, Supachok Sarachart.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, tekanan baik yang dipamerkan barisan pemain Harimau Malaya jelas menyukarkan tuan rumah untuk merencana serangan terutamanya pada babak pertama.
Kehilangan pemain kreatif, Chanathip Songkrasin seawal minit ke-14 ekoran kecederaan yang dialaminya dilihat semakin parah buat Gajah Perang yang seolah-olah kehilangan arah dapat mencipta serangan.
Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya anak didik Kim Pan Gon untuk mengawal perlawaan khususnya dibahagian tengah menerusi gandingan Brendan Gan bersama Nor Azam Azih.
Penyokong tuan rumah terdiam buat seketika apabila Corbin-Ong menjaringkan gol pertama pada minit ke-32 selepas mendapat hantaran lintang menarik daripada Safawi Rasid untuk menewaskan Kampol Phatomakkakul pada minit ke-32.
Memasuki babak kedua, Thailand jelas mahu meningkatkan intensiti permainan dengan membawa masuk Suphanat Mueanta, Pathompol Charoe dan Phitiwat Sukjitthammakul bagi memberikan thought baharu dari segi serangan pada awal babak kedua.
Ketika tumpuan diberikan kepada pasukan tuan rumah, Darren Lok hampir menggandakan kelebihan buat Harimau Malaya menerusi tandukan pada minit ke-60 namun berjaya ditepis Kampol.
Syihan membuktikan Pan Gon tidak silap dengan memilihnya selaku benteng terakhir pasukan apabila menafikan dua percubaan Suphanat ketika situasi satu lawan satu dengan penyerang berusia 20 tahun itu pada minit ke-63 dan 71.
Berselang enam minit kemudian, penjaga gawang Negeri Sembilan ini sekali lagi menggagalkan tandukan Supachai Chaided untuk terus memastikan gol tidak dibolosi.
Ketika skuad negara hanya menunggu saat untuk meraikan kemenangan, Nur Azam Azih telah diperintahkan keluar padang kerana menerima dua kad kuning ekoran kekasaran dilakukannya dan Thailand mendapat sepakan percuma diluar kotak penalti.
Sepakan diambil oleh Sumanya Purisai terus mencari Pansa Hemviboom untuk menanduk masuk gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Syihan terus menjadi wira setelah bertindak cemerlang mengagalkan sepakan penalti diambil Supachok Sarachart sebelum Corbin-Ong memastikan skuad negara ke remaining menerusi gol kelima pasukan.
Kemenangan ini menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan dipentas remaining selepas melakar kejutan menundukkan Trinidad & Tobago, dalam satu lagi aksi sebelum perlawanan ini berlangsung.-UTUSAN
[ad_2]
Source link