[ad_1]
NOTTINGHAM, England: Nottingham Forest melakar kejutan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris apabila memalukan Liverpool 1-0 di laman sendiri, sebentar tadi.
Turun ke Stadium Metropolis Floor sebagai pasukan tercorot liga, kemenangan kedua musim ini mengeluarkan Forest dari dasar liga.
Reds yang berdepan krisis kecederaan penyerang dan terpaksa menggunakan formasi 4-4-2 buat kali pertama kini masih gagal mencatat kemenangan di tempat lawan.
Ketiadaan Darwin Nunez yang diketepikan saat akhir akibat kecederaan menyaksikan Mohamed Salah dan Roberto Firmino mengetuai serangan Liverpool.
Penyerang Nigeria, Taiwo Awoniyi yang menghabiskan enam tahun di Liverpool tanpa beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif kerana masalah visa menjadi ‘duri dalam daging’ buat bekas pasukannya apabila meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-55 menerusi tendangan jarak dekat.
Biarpun menguasai 74 peratus permainan, namun Reds bergelut untuk membolosi gawang lawan, malah penjaga gol tuan rumah, Dean Henderson juga sering mengecewsakan anak-anak buah Jurgen Klopp.
Bintang tengah Forest, Ryan Yates hampir menambah jaringan tuan rumah tetapi dinafikan oleh penjaga gol Reds, Alisson.
“Inilah yang kami perlukan. Kami telah mempamer persembahan baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kami benar-benar berhak menang hari ini.
“Sebelum perlawanan pengurus memberitahu, kami perlu mendapatkan keyakinan penonton dari minit pertama, dan kami melakukannya,” kata Yates yang diumum sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Fokus Liverpool kini beralih kepada saingan Liga Juara-Juara menentang Ajax, Rabu ini sebelum menerima kunjungan Leeds pada Sabtu, manakala Forest bertandang ke Arsenal, Ahad depan. – AGENSI
[ad_2]
Source link