[ad_1]
KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur dengan kemampuan pemain dari China, Shi Yuqi apabila tewas di pentas ultimate Kejohanan Badminton Terbuka Denmark sebentar tadi.
Pemain rating ketiga dunia itu tewas rubber-set 18-21, 21-16, 12-21 kepada Yuqi dalam pertarungan selama satu jam empat minit di Jyske Financial institution Enviornment.
Ia adalah kekalahan ketiga Zii Jia, 24, dalam empat pertemuan dengan Yuqi, 26, yang ketika ini berada di rating ke-44 dunia sejak kali pertama bertemu pada Kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki Asia 2018.
Kali terakhir pemain dari Alor Setar itu menewaskan Yuqi adalah pada suku akhir Malaysia Grasp dua tahun lalu dengan keputusan 12-21, 21-16, 21-19.
Kekalahan itu juga menyaksikan Zii Jia masih lagi menunggu gelaran keduanya tahun ini sejak ditabalkan sebagai juara Asia selepas menjuarai Kejohanan Asia di Filipina pada Mei lalu.
Juara perseorangan wanita Terbuka Denmark pula menjadi milik He Bing Jao dari China selepas menewaskan rakan senegaranya, Chen Yu Fei 22-20, 12-21, 21-10.
Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia pula muncul juara beregu lelaki menerusi kemenangan 21-19, 28-26 ke atas satu lagi pasangan negara itu, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamoljo.
Beregu wanita menjadi milik pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang menewaskan Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan dengan keputusan 21-12, 21-15.
Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China menjuarai kategori beregu campuran selepas menewaskan rakan senegara, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-19, 20-22, 21-19. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link