[ad_1]
AMPANG – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan seramai 72 calon Parlimen parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di Parlimen Tambun, manakala Timbalannya, Rafizi Ramli diumumkan bertanding di Parlimen Pandan.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.
Selain itu, anak bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar diletakkan di Parlimen Pasir Salak, sementara Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari bertanding di Parlimen Gombak dan Rodziah Ismail di Ampang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli pula bakal merebut Dangle Tuah Jaya selain Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Siddiq di Nibong Tebal dengan Pengerusi Save-Kelantan, Datuk Husam Musa pula di Pasir Mas.
Pada majlis sama, kesemua calon dipanggil ke pentas secara berperingkat bagi menandatangani borang Aku Janji.
Ia melibatkan persetujuan pulang wang deposit pencalonan, potong elaun sekiranya menang menjadi wakil rakyat selain bersetuju untuk isytihar harta.
Antara penyandang kerusi Parlimen yang terus diberi kepercayaan ialah Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan Nurul Izzah di Permatang Pauh. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link