[ad_1]
KUALA LUMPUR: Keinginan untuk melihat anak membesar di depan mata menjadi antara sebab mengapa pelakon jelita, Anzalna Nasir belum bersedia menerima sebarang tawaran berlakon.
Anzalna, 34, berkata dia tidak mahu tanggungjawab menjaga dan membesarkan anaknya diambil alih orang lain, sebaliknya lebih selesa mendidik sendiri dua cahaya matanya yang masih memerlukan perhatian.
“Ada pembantu rumah atau tidak, tugas menjaga anak-anak 100 peratus di tangan saya dan suami, Hanif Zaki.
“Saya tidak mahu anak-anak membesar di tangan orang lain. Itu sebab mengapa saya tidak berlakon drama.
“Anak dua ini kecoh juga. Itu baru dua tau,” tulisnya di Instastory.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada 21 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Pelakon drama Dendam Aurora itu juga memaklumkan, dia seronok bergelar ibu meskipun tugas tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan.
“Saya seronok menjadi ibu, penat yang puas. Dapat tidur tiga jam pun, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak.
“Paling seronok bila mereka besar nanti. Kita dapat cerita ragam mereka dari bayi sampai besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka,” tulisnya lagi.
[ad_2]
Source link