[ad_1]
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), sebentar tadi.
Difahamkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan pertemuan bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Terdahulu, Kosmo! On-line melaporkan, Menara Dato Onn di WTCKL menjadi tumpuan pagi ini kerana pemimpin PN dan BN dijangka mengadakan pertemuan.
Selepas pertemuan itu, difahamkan juga satu Iagi Mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan dijalankan. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link