[ad_1]
MOSCOW – Kira-kira 2,500 ekor anjing laut mati ditemui di luar pantai Russia di Laut Caspian, lapor akhbar New York Submit kelmarin.
Pihak berkuasa di wilayah Dagestan berkata, punca kematian itu tidak jelas tetapi berkemungkinan disebabkan oleh fenomena alam semula jadi.
Menurut laporan awal pada Sabtu lalu, 700 anjing laut ditemui mati di luar pantai sebelum jumlah itu kemudian meningkat kepada 2,500, demikian menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Russia.
Dalam satu kenyataan, ketua Pusat Perlindungan Alam Sekitar Caspian (CEIC), Zaur Gapizov berkata, anjing-anjing laut itu mungkin sudah mati sejak beberapa minggu lalu.
Tiada tanda-tanda ia dibunuh atau terjerat dalam pukat, katanya.
Pakar dan pendakwa raya dari Agensi Perikanan Persekutuan telah memeriksa pantai itu dan mengumpulkan knowledge untuk penyelidikan dalam makmal kerana bahan pencemaran tidak segera dikesan.
Kematian besar-besaran membabitkan anjing laut yang disebabkan oleh alam semula jadi tidak pernah didengari sebelum ini.
Kazakhstan yang mempunyai pantai Caspian yang panjang, melaporkan terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian serupa tahun ini.
Menurut CEIC, bilangan anjing laut di rantau Caspian dianggarkan kira-kira 70,000 hingga 300,000 ekor. – Agensi
[ad_2]
Source link