[ad_1]
DOHA: Penyerang dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo telah diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 negara itu dengan Switzerland sebentar nanti.
Ronaldo dibawa keluar ketika Portugal tewas 2-1 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan dan mengangkat satu jari ke bibirnya untuk membuat isyarat ‘senyap’ ketika dia meninggalkan padang.
Bagaimanapun, pemenang Ballon d’Or lima kali itu menegaskan dia mengarahkan isyarat itu kepada pihak lawan dan bukannya kepada pengurus Portugal, Fernando Santos.
“Sebelum penggantian saya, salah seorang pemain mereka memberitahu saya untuk pergi dengan cepat. Saya memberitahunya untuk diam, dia tidak mempunyai kuasa, dia tidak perlu berkata apa-apa,” kata Ronaldo.
Bagaimanapun, pengurus Portugal Fernando Santos tidak gembira dengan situasi berkenaan dan beranggapan isyarat Ronaldo itu disasarkan kepadanya selepas dia dibawa keluar ketika Portugal tewas.
“Adakah saya melihat imej-imej itu? Ya, saya tidak menyukainya, tidak sama sekali. Saya tidak menyukainya. Saya benar-benar tidak menyukainya,” kata Santos.-Agensi
[ad_2]
Source link