[ad_1]
PETALING JAYA: Selepas hampir sebulan menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Ampang, Selangor, pelakon, Nad Zainal muncul buat kali pertama menerusi siaran langsung di TikTok, pukul 8 malam tadi.
Menerusi platform itu, Nad berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya, selain turut berkongsi perkembangan kesihatannya.
Pelakon Cina Buta itu menjelaskan, dia tidak pernah mengalami masalah buah pinggang atau berdepan gejala Lengthy Covid seperti didakwa segelintir pihak.
“Saya cuma ada masalah pendarahan paru-paru dan perlu menelan 11 biji pil sehari untuk terus sihat.
“Buat masa sekarang, saya perlukan banyak rehat seperti saranan doktor. Saya ucapkan terima kasih atas doa semua pihak,” katanya.
Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mengakui hanya mampu memendam rindu yang terlalu mendalam terhadap dua anaknya sepanjang berada di hospital.
“Saya minta kebenaran pihak hospital untuk jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.
“Saya boleh berjalan dan buat kali pertama keluar hospital, saya nampak Som (anak kedua), dia tunjuk ke arah saya, ‘mummy, mummy, mummy,” katanya dalam keadaan sebak.
Nad juga berkata, apa yang berlaku adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Selama sebulan di hospital adalah pengalaman bermakna dan tidak akan saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Saya akan selalu melakukan pemeriksaan kesihatan, selain hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah.
“Sekarang, saya cuma mahu berkongsi keadaan saya. Apa yang terjadi sepanjang saya jalani rawatan akan dikongsikan nanti,” katanya
Nad dimasukkan ke hospital sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
[ad_2]
Source link