[ad_1]
PETALING JAYA – Bekas wartawan juga penerbit rancangan hiburan terkenal, Terjah, Nas Ahmad berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidapi penyakit jantung baru-baru ini.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengacara rancangan tv, Ahmad Fedtri Yahya, menerusi akaun media sosialnya memaparkan perkembangan terkini Nas Ahmad.
“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau kini diuji dengan masalah jantung,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaannya yang dikatakan berbeza berbanding sebelum ini sekali gus mendoakan kesembuhan beliau.
“Semoga diberikan kesembuhan dan kekuatan serta kembali seperti sedia kala,” ciap seorang pengguna Twitter @ManJeman3.
“Lainnya dia sekarang, semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan dengan secepat mungkin,” ciap @FameeMF pula.
Dalam pada itu, pelakon terkenal, Nabila Huda turut sama meninggalkan komen dan mendoakan kesembuhan beliau.
“Allahuakbar, doakan abang Nas cepat sembuh. Sampaikan salam Abil buat Abang Nas,” komennya.
Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 680,000 jumlah tontonan, 2,239 ciap semula dan 4,669 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link