[ad_1]
KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa dua pelantikan portfolio menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri tidak mewakili UMNO selain tidak diiktiraf UMNO Sabah.
“Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO ini tidak mewakili parti dan kita tidak membuat sebarang pengiktirafan berkenaannya.
“Keputusan berkenaan dilihat membelakangkan parti dan mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing tanpa memikirkan masa depan parti secara menyeluruh.
“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor juga tidak boleh mengatakan atau mengiktiraf mereka ini mewakili UMNO dalam barisan Kabinetnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, ADUN Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah baharu manakala ADUN Sugut, Datuk James Ratib dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Kedua-dua ADUN terbabit termasuk tiga lagi ADUN UMNO lain sebelum ini tidak menyertai gerakan Pengerusi BN Sabah untuk menarik sokongan Ketua Menteri dan menyokong Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, pihaknya sedang membawa perkara berkenaan untuk dihadapkan kepada lembaga disiplin parti kerana membelakangi keputusan UMNO dan BN Sabah. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link