[ad_1]
PUTRAJAYA – Warga penjawat awam yang juga disifatkan sebagai tonggak negara diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada kepimpinan kerajaan serta membawa islah atau perubahan ke arah kebaikan demi negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sebagai penjawat awam yang menjadi nadi dan tunjang kepada negara, berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah adalah satu perkara yang tidak perlu diperingatkan lagi.
“Jika dahulu, penukaran Kerajaan Persekutuan dari satu parti politik ke satu parti yang lain bukanlah satu kebiasaan namun situasi kini amat berbeza dan perubahan tampuk kepimpinan ini sudah menjadi satu normalisasi bagi situasi politik di Malaysia.
“Menurut lafaz ikrar yang dilakukan, penjawat awam harus meneruskan komitmen dan kebertanggungjawaban untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 di sini, hari ini.
Ujar beliau, sepanjang diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak kira-kira tiga tahun dua bulan yang lalu, beliau sudah berkhidmat bersama empat perdana menteri dan kerajaan berlainan yang sudah pastinya memiliki polisi juga dasar yang berbeza.
Mengulas lanjut, Mohd. Zuki berkata, islah atau penambahbaikan berterusan yang dimaksudkan beliau juga adalah sejajar dengan apa yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bulanan pada Selasa lalu.
“Perdana Menteri sebelum ini ada menyebut apabila kita ditanya tentang pencapaian yang cemerlang, maka jawablah ‘masih ada ruang untuk penambahbaikan’.
“Kerana itu di dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kita hendaklah pastikan sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan, proses kerja serta penghasilannya agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Mohd. Zuki mengingatkan, warga penjawat awam juga diharapkan dapat memberikan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat dengan penuh profesional dan berintegriti lebih-lebih lagi dalam period pasca regular yang mencabar dan penuh dengan ketidaktentuan ketika ini.
“Usaha untuk memaju dan membangunkan negara ditambah dengan situasi ekonomi semasa memerlukan kejituan semangat serta pegangan kukuh kepada ikrar profesionalisme perkhidmatan awam demi menjamin penyampaian perkhidmatan terbaik,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link