[ad_1]
ISLAMABAD – Seorang lelaki Pakistan teruja dan menari kegembiraan selepas melihat teman wanitanya berkahwin dengan lelaki lain, lapor Odishatv.
Lelaki itu ditemu bual oleh seorang hos wanita yang bertanya apa yang membuatnya gembira.
“Anda kelihatan gembira hari ini, apa sebabnya?” tanya wanita itu.
Lelaki tersebut menjawab: “Teman wanita saya berkahwin.”
Dia kemudian disoal sekali lagi oleh hos berkenaan.
“Kamu sepatutnya bersedih hari ini,” ujarnya.
Lelaki itu sekali lagi menjawab: “Dia pernah menyuruh saya menyimpan rambut kerana menyukai lelaki berambut panjang.
“Hari ini, saya pergi ke majlis perkahwinannya dan terkejut apabila melihat suaminya botak,” kata lelaki tersebut.
Video itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen. – Agensi
[ad_2]
Source link