[ad_1]
INSIDEN serangan terhadap Kamal Adli yang dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di sebuah acara ekspo di Singapura membuka mata semua pihak.
Ancaman sedemikian sudah bersifat nyata dan bukan lagi mainan. Justeru, timbul persoalan adakah sudah tiba masanya golongan selebriti memasang bodyguard demi keselamatan?
Adakah tanggungjawab memastikan keselamatan selebriti terletak di bahu pihak penganjur sepenuhnya?
Hangat Seminggu mengupas isu ini dengan mendapatkan pandangan artis standard.
Bagi pengacara standard, Che Puan Sarimah Ibrahim pula, isu keselamatan sepatutnya menjadi aspek paling penting yang perlu dititik beratkan oleh seseorang figura umum.
Jelasnya, figura umum di luar negara sudah biasa mempraktikkan pengawal peribadi khususnya ketika berada di khalayak ramai namun tidak di sini.
“Bila kita sudah dikenali, risiko itu lebih tinggi. Malang tidak berbau. ini aspek yang sangat penting. Bukan hanya ahli politik tetapi anak seni juga perlu ada pengawal peribadi.
“Mungkin ada segelintir artis yang takut ada pengawal peribadi kerana risau di anggap melampau, tunjuk kaya. Tetapi itulah mentaliti yang harus kita buang.
“Kita tak boleh kawal situasi dan orang. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap Kamal. Keselamatan itu sangat penting,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi Kini Kau Tiada itu turut berpendapat, keterbukaan dunia media sosial tanpa sempadan juga mungkin boleh mengundang bahaya terutama kepada figura umum.
“Zaman sekarang, orang boleh tahu di mana anak kita bersekolah, di mana kita berada dan aktiviti kita. Kita harus mengawal perkongsian di media sosial.
“Kalau dulu, kawalan keselamatan lebih ketat. Sekarang mungkin sudah longgar kerana keterbukaan media sosial tadi.
“Apa yang berlaku adalah satu kemalangan tidak diingini. Semoga Kamal dan Uqasha tabah menghadapi ujian ini,” katanya.
[ad_2]
Source link