[ad_1]
PORTIMAO, Portugal – Pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia sukar digugat selepas menepati ramalan menjuarai perlumbaan pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Portugal, hari ini.
Pada perlumbaan tersebut, Bagnaia yang memulakan perlumbaan petak kedua tidak berdepan sebarang masalah untuk mendominasi saingan itu meskipun berdepan cabaran hebat terutama menerusi pelumba Honda, Marc Marquez yang memulakan saingan petak utama.
Bagaimanapun, Marquez yang dilihat terdesak mencari kemenangan telah melakukan kesilapan dan terlibat dalam kemalangan pada awal pusingan perlumbaan sejurus melanggar pelumba tuan rumah, Miguel Oliveira (RNF) sekali gus membuka ruang kepada Bagnaia untuk pertahanan kejuaraannya dengan sempurna.
Pelumba Aprilia, Maverick Vinales yang bekerja keras untuk mengejar Bagnaia terpaksa berpuas hati menamatkan saingan tempat kedua dan pelumba pasukan VR46 Racing, Marco Bezzecchimengakhiri perlumbaan tempat ketiga untuk melengkapkan podium.
“Itulah permulaan yang saya dan pasukan saya mahukan. Kami perlu teruskan seperti ini,” kata Bagnaia sejurus memenangi perlumbaan tersebut.
Dalam pada iu, pasukan Yamaha membuka kempen MotoGP dengan tekanan apabila Fabio Quartararo sekadar menamatkan saingan tempat kelapan.
Hasil keputusan tersebut, Bagnaia yang turut menjuarai perlumbaan pecut semalam membuka kempen MotoGP 2023 dengan langkah kanan apabila mengumpul 37 mata dan meninggalkan Vinales di kedudukan kedua dengan 12 mata selepas pelumba Aprilia itu mengumpul meraih 25 mata serta Bezzecchi kedudukan ketiga dengan 16 mata.
[ad_2]
Source link