[ad_1]
MANCHESTER: Dua gol sendiri Tyrell Malacia dan Harry Maguire dalam tempoh lapan minit terakhir yang ‘mengerikan’ menyaksikan Manchester United mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 untuk diikat 2-2 oleh Sevilla pada suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.
Marcel Sabitzer meletakkan Crimson Devils mendahului selesa 2-0 di Previous Trafford apabila membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan lencong.
Dia kemudian menggandakan kedudukan tujuh minit berselang selepas menerima umpanan Anthony Martial, yang turut memainkan peranan penting dalam membina jaringan pembukaan.
Begitupun aksi cemerlang United pada babak pertama dibayangi layangan kad kuning Bruno Fernandes, menyaksikan bintang Portugal itu terlepas aksi timbal balik di Sepanyol minggu depan.
2 – Manchester United are solely the second English facet to attain two personal objectives in a single match in a significant European competitors, after Chelsea in opposition to Erik ten Hag’s Ajax in November 2019. Self-inflicted. pic.twitter.com/vehUtBkwxs
— OptaJoe (@OptaJoe) April 13, 2023
Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Antony melepaskan rembatan yang sekadar menggegar tiang.
Ketika penyokong tuan rumah menyangkakan pasukan mereka mengharungi malam yang sempurna, United dihukum menuju ke penghujung permainan.
Pada minit ke-84, tendangan Jesus Navas terkena kaki Malacia yang cuba melakukan hadangan sebelum menewaskan penjaga gol, David de Gea.
Dua minit memasuki waktu kecederaan, tandukan Youssef En-Nesyri pula terkena muka Maguire dan bola melepasi De Gea untuk melengkapkan kebangkitan hebat Sevilla.
Lebih malang buat United mereka mungkin bertandang ke Seville, Khamis depan tanpa Lisandro Martinez dan Raphael Varane akibat kecederaan. – AGENSI
[ad_2]
Source link