[ad_1]
SHAH ALAM – Seorang wanita maut setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, di Kilometer (KM) 35 Lebuh raya Shah Alam (Kesas) arah pusat bandar ini, malam semalam.
Mangsa, Shamini Murugan, 27, yang memandu kereta jenis Honda Metropolis maut di tempat kejadian berhampiran susur Plaza Tol Seafield.
Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, seorang lagi mangsa terlibat, Hisheendran Thayal, 27, hanya mengalami cedera ringan.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 malam sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.
“Setibanya di situ, terdapat kemalangan melibatkan dua buah kereta. Kesemua mangsa yang terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai.
“Dua orang mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link