[ad_1]
PETALING JAYA – Alipay, platform digital utama untuk pembayaran dan perkhidmatan digital lain melaporkan, nilai transaksi yang dilakukan oleh pelancong China di Malaysia telah meningkatkan dua kali ganda dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Kenyataan Alipay yang dikeluarkan hari ini menyatakan, pertumbuhan yang baik berbanding tahun lepas disebabkan pembukaan sempadan negara tersebut yang membolehkan rakyatnya melancong ke luar negara.
Kadar purata harian transaksi meningkat sebanyak 70 peratus ekoran pembelian yang dilakukan di kedai gaya hidup dan juga jenama runcit serta pembelian di pusat beli-belah di Metrojaya, Parkson dan juga Padini.
“Kekerapan yang banyak dilakukan di kedai serbaneka dan juga kedai menjual barangan runcit seperti di 7-Eleven, Lotus, MyNEWS, FamilyMart dan lain-lain
“Lokasi widespread mereka banyak melakukan transaksi pembelian pula adalah di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang,” jelasnya.
Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Pengurus Besar Perkhidmatan Pedagang Offline Alipay, Dr Cherry Huang berkata, transaksi menggunakan Alipay di Malaysia telah tumbuh dengan stabil dan kami akan bekerjasama rapat dengan pedagang tempatan untuk meningkat lagi perkhidmatan dan tawaran kepada pelancong China.
“Pelancong dari China kini boleh menikmati dengan mudah promosi dan jualan hebat yang ditawarkan kepada mereka melalui aplikasi Alipay selain mendapat manfaat dan ganjaran serta pengalaman melancong yang mudah,: jelasnya.
Pelancong dari China ke Malaysia dijangka bertambah kepada lima juta orang pada tahun ini berbanding 3.1 juta orang tahun 2019. -KOSMO!ONLINE
[ad_2]
Source link