[ad_1]
KUALA LUMPUR: Sejak mencatat keputusan podium pada pusingan pertama di Portugal, pelumba Purple Bull MotoGP Rookies Cup, Muhammad Hakim Danish Ramli meraih perhatian ramai sama ada dia mampu mengekalkan prestasi konsisten itu menjelang perlumbaan di Litar Jerez, hujung minggu ini.
Pelumba remaja berusia 16 tahun itu melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga dalam perlumbaan kedua Purple Bull MotoGP Rookies Cup pada Grand Prix Portugal, Mac lalu.
Malah, pencapaian cemerlang anak muda kelahiran Terengganu itu turut meraih perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Justeru, menjelang GP Sepanyol di mana dua perlumbaan akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad, Hakim melahirkan rasa terujanya untuk kembali berlumba.
“Saya kembali berlumba pada pusingan kedua untuk Purple Bull Rookies Cup. Saya pernah berlumba di litar ini dalam European Expertise Cup dan kali ini sedikit berbeza kerana bersama jentera baharu untuk Rookies Cup,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ZK Racing, semalam.
Hakim berkata, dia perlu segera mengadaptasi dan menyesuaikan diri bersama jentera di litar tersebut dan sasarannya ialah bersaing di kelompok hadapan.
Sementara itu, rakan senegara Hakim, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula tumpuannya kini bukan sahaja kepada Purple Bull MotoGP Rookies Cup, malah, dia juga perlu bersaing dalam JuniorGP yang akan membuka tirai perlumbaan pada 7 Mei ini di Litar Estoril, Portugal.
“Untuk persiapan menjelang perlumbaan di Litar Jerez telah pun dijalankan minggu lalu dan beberapa hari lepas saya menjalani ujian di Litar Estoril untuk JuniorGP.
“Sesi latihan itu telah banyak membantu untuk saya berada di atas motosikal lebih lama agar saya lebih bersedia menjelang pusingan kedua Purple Bull MotoGP Rookies Cup,” ujarnya.
Danial yang menamatkan aksinya di kedudukan ke-10 pada perlumbaan di Portugal mensasarkan untuk berada dalam kelompok hadapan dan sekali gus, mengintai peluang mencatat keputusan lebih baik berbanding aksinya di Litar Antarabangsa Algarve.-UTUSAN
[ad_2]
Source link