[ad_1]
PETALING JAYA: Sime Darby Property menawarkan Emilia 1 dan 2 di Nilai Impian, Negeri Sembilan, projek perumahan yang dikelilingi kehijauan dengan ruang rekreasi untuk seisi keluarga.
Selepas kejayaan Dayana di kawasan yang sama, Sime Darby Property sekali lagi menawarkan kediaman berangkai dua tingkat baharu dengan lebih banyak ruang, gaya dan keselesaan.
Dengan kawasan binaan berukuran 1,781 kaki persegi hingga 2,090 kaki persegi, rumah 20′ x 65′ itu dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, dijual dengan harga bermula dari RM568,888.
Perkembangan terbaru di Nilai Impian ini membawa jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM37.04 juta, memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama serta keluarga muda yang menetap di Nilai, Seremban dan Lembah Klang Selatan.
Berkonsepkan pelan terbuka, rumah teres dua tingkat dengan empat bilik tidur ini memberikan pencahayaan serta pengudaraan yang terbaik.
Ia juga terletak strategik dalam perbandaran Nilai Impian yang matang dan terancang di Negeri Sembilan, dan mempunyai akses terus ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Exit 215, dan dihubungkan dengan baik melalui Lebuhraya ELITE dan LEKAS serta Jalan Nilai-Labu-Enstek pada masa hadapan.
Persekitarannya juga pasti memberikan ketenangan kerana kawasan hijau yang lapang ini didamaikan lagi dengan Tasik Ujana seluas 19 ekar.
Lokasinya juga strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan dan perbandaran matang seperti sekolah, pusat penjagaan kesihatan, pusat beli-belah, peruncitan dan pasar raya besar.
Penduduk Emilia 1 dan 2 akan menikmati pelbagai kemudahan dalam perbandaran Nilai Impian yang matang dan terancang.
Mereka juga dapat menikmati taman kejiranan seluas 0.9 ekar berdekatan, di mana mereka boleh menghabiskan masa berharga di luar rumah sendirian atau bersama orang tersayang.
Emilia 1 dan 2 membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa di luar rumah bersama orang tersayang di taman kejiranan Emilia sendiri.
Tidak kira untuk berjoging, melakukan yoga atau bersantai sambil mengawasi anak-anak anda di taman permainan atau halaman terbuka.
Satu pengalaman yang sukar untuk didapati sekiranya anda mendiami perumahan yang sesak atau di tengah kota raya. – UTUSAN
[ad_2]
Source link