[ad_1]
SYDNEY, Australia – Sekumpulan pemimpin masyarakat Orang Asli dari negara-negara bekas koloni Britain hari ini mendesak Raja Charles III segera memohon maaf di atas amalan ‘perkauman berkurun-kurun’ dan ‘legasi genosid’ monarki tersebut.
Dalam sepucuk surat menjelang pertabalan baginda pada hujung minggu ini, wakil masyarakat pribumi dari 12 negara komanwel itu juga meminta wang pampasan dan harta karun kebudayaan yang dicuri oleh Empayar British dipulangkan semula.
Surat itu ditanda tangani oleh sebilangan pemimpin di Australia dan negara-negara rantau Caribbean di mana masyarakat Orang Asli dibunuh oleh penjajah Britain dan ditawan untuk dijadikan hamba abdi.
Raja Charles III meningkatkan usaha untuk berkomunikasi dengan barisan pemimpin masyarakat pribumi terbabit sejak beberapa tahun belakangan ini.
Walaupun baginda mengaku bahawa institusi monarki Britain perlu ‘mengaku salah laku yang membentuk masa lalu’, surat berkenaan pergi lebih jauh apabila mendesaknya membuat permohonan maaf rasmi diraja.
Surat itu turut ditanda tangani oleh anggota Parlimen Australia pertama dalam kalangan Orang Asli, Nova Peris. – AFP
[ad_2]
Source link