[ad_1]
REMBAU – Pengacara in style tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil antara Ikon yang diketengahkan dalam Program Jelajah Ikon Madani di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Aznil ketika mengulas perkara itu berkata, beliau agak terkejut kerana pada awal beranggapan hanya hadir bagi berkongsi cerita serta kisah hidup sebagai inspriasi buat golongan mahasiswa.
“Mula-mula ingat Pak Nil datang hanya untuk berkongsi cerita, jadi bila selepas sesi itu mereka melantik Pak Nil sebagai ikon dan ada pula siri lagi untuk Pak Nil jelajah bersama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri.
“Alhamdulillah, Pak Nil sangat berbesar hati dan sangat teruja untuk bertemu dengan anak-anak (mahasiswa) sebab pengalaman Pak Nil kongsi tadi, Pak Nil percaya hampir 90 peratus daripada anak-anak melalui cerita Pak Nil suatu masa dulu,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau, di sini, hari ini.
Berkongsi mengenai sesi Townhall Ikon Madani bersama Pak Nil dalam slot “Membentuk Siswa Madani”, Pak Nil berkata, beliau berkongsi tentang sejarah serta latar belakang hidupnya yang berasal dari keluarga miskin bandar.
Menurutnya, beliau juga berkongsikan mengenai keyakinan diri bukan semata-mata bergantung kepada aspek fizikal seperti bentuk badan, wajah serta warna kulit, tetaoi bagaimana seseorang itu bersuara, didengari dan dilihat.
Pak Nil turut memaklumkan memiliki Yayasan Persona sejak 2016 yang berkolobrasi bersama Kementeri Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mempromosikan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
“Yayasan Persona hanya sempat bergerak aktif dua tahun mengajar komunikasi, keyakinan diri dan ketertiban sebelum Covid-19 melanda. Yayasan ini akan Pak Nil bawa bersama Prihatin dan J-KOM untuk membentuk pesona anak-anak menjadi pesona kelas pertama,” katanya. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source link